Harian Metro : Tiada keputusan kadar baru levi
Pihak industri akan mengemukakan maklum balas dalam...

Read More
The STAR: Govt not backing down on levies
The announcement to increase the levy was too sudden....

Read More
FMT : Meeting on foreign worker levy ends with no decision
Kumararajah said the Home Ministry had been sympathetic...

Read More
BHOnline: Wakil industri, KDN bincang kadar levi
Kenaikan ini tidak sepatutnya dilaksanakan secara tergesa-gesa....

Read More
Malaysian Insider : Industry players, Home Ministry discuss foreign worker levy
The number of illegal workers who are presently in...

Read More
BHOnline: Sasar nilai eksport halal meningkat tahun ini
"Walaupun dalam situasi ekonomi ketika ini, kita yakin...

Read More
  More News
   
  Print This Page Share
 
Berita Harian : Kaum India kena faham manfaat ETP
 
Date Posted : 23 April 2011
 

Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2011/04/23



NAJIB dan Rosmah bersama  Eswaran serta isteri, Datin Viviene Eswaran memotong kek pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 MAICCI di PWTC, malam tadi.

NAJIB dan Rosmah bersama Eswaran serta isteri, Datin Viviene Eswaran memotong kek pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 MAICCI di PWTC, malam tadi.


NAJIB dan Rosmah bersama Eswaran serta isteri, Datin Viviene Eswaran memotong kek pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 MAICCI di PWTC, malam tadi.Najib mahu pemimpin, NGO bantu sampaikan maklumat masyarakat perlu digerak


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu usaha digerakkan untuk memastikan masyarakat India negara ini lebih memahami manfaat yang boleh dikecapi menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP). Perdana Menteri turut menyarankan supaya selain kepemimpinan komuniti India, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) serta media Tamil juga membantu merealisasikan matlamat itu. "Tentunya kita mahu majoriti masyarakat India menyokong ETP dan Model Baru Ekonomi, tetapi didapati wujudnya kurang pemahaman kalangan kaum India terhadap usaha kerajaan ini.


“Bagi saya usaha ini penting kerana sebagai Perdana Menteri, saya membuat komitmen bahawa komuniti India tidak akan ketinggalan dalam agenda pembangunan negara.


“Ini bukan sekadar kenyataan politik tetapi saya yakin dapat membawa perubahan kepada komuniti India negara ini," katanya pada sambutan ulang tahun ke-60 MAICCI bertemakan `1Wawasan, 1Suara, 1Negara’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.


Turut hadir, Datin Seri Rosmah Mansor; Presiden MIC, Senator Datuk G Palanivel; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Presiden MAICCI, Datuk KK Eswaran.


Perdana Menteri berkata, sokongan yang diberikan komuniti India selama ini mendorong kerajaan untuk menangani pelbagai masalah yang dihadapi di semua peringkat dan bidang dengan menghasilkan mekanisme khusus yang berjaya mengatasi ribuan kes membabitkan komuniti India.


“Ia diharap dapat memenuhi apa yang mereka harapkan daripada kerajaan, namun masyarakat India juga perlu tahu apakah objektif ETP dan kaitkan ia dengan manfaat yang boleh diperoleh sebagai individu dan masyarakat India keseluruhannya," katanya.


Najib kemudian mengumumkan kerajaan akan menyediakan sejumlah peruntukan untuk membiayai pembinaan Ibu Pejabat MAICCI yang akan berfungsi sebagai pusat sehenti penasihat perniagaan.


Sementara itu, Eswaran menyuarakan hasrat MAICCI supaya ada dalam kalangan ahlinya dipertimbangkan ke jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) selain turut mengumumkan biasiswa bernilai RM1 juta hasil kerjasama MAICCI dengan Kolej Universiti MAHSA kepada pelajar layak.


Source : Berita Harian Online
 


Other Articles :

Malaysian Insider : Industry players, Home Ministry discuss foreign worker levy
Bernama : Government Can Keep Tabs On Foreign Workforce By Legalising PATI, Says Unionist
BHOnline: Wakil industri, KDN bincang kadar levi
FMT : Meeting on foreign worker levy ends with no decision
The STAR: Govt not backing down on levies
 
More Media
 
 
Trade Directory 2008-2009
CIMB Bank - Forward Banking
Follow Us @ Facebook.Com !
Follow Us @MyMaicci
Useful Links
Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE)
National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia DPMM
Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM)
Federation of Indian Chambers of Commerce and Industry (FICCI)
Confederation of Indian Industries (CII)
MY e-TRK  Tribunal Rayuan Kastam
 
 
 
     
   
 
© Copyright 2011 Malaysian Indian Chambers of Commerce & Industry. All Rights Reserved.
Best Viewed with Internet Explorer 6+ Or Firefox 3+ With Resolution 1280 x 1024 | Site Map | Terms of Use
Engineered by WCS2U.COM